Thursday 19 May 2011

kenangan terindah (part 2)

Adat la dalam bersahabat.. ada suka ada duka.. pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui.. tapi itu semua tidak menghalang persahabatanku dan ianya kekal hingga ke hari ini. Ada la berlaku sedikit perselisihan faham dengan rakan2 ku..dan membuatkan aku menjadi renggang dengan mereka. aku tidak menyalahi mereka...hanya pada mula konflik jer aku sangat tertekan dan marah pada mereka sebab waktu exam.. namun semua itu hanya sementara.. sepanjang konflik tersebut.. aku memuhasabahkan diri aku.. aku memikirkan apakah kesilapan yang telah aku lakukan sehingga persahabatan ini menjadi renggang..
Syafinas, Dilla, Zuraini dan Mastura..mereka adalah geng yang sangat utuh persahabatannya.. yang sentiasa membantu rakan2 dalam kesusahan.. sapanjang detik kesedihan aku.. merekalah yang memberikan aku semangat dan menemaniku.. aku rasa sangat beruntung mengenali mereka. walaubgagaimanapun, kerana konflik inilah.. hubungan aku dengan rumateku, Kak lynn semakin erat.. aku mula sedar yang kak lynn seorang yang mengambil berat.. mungkin sebab masing2 sibuk dan agak malu untuk memulakan perbualan menyebabkan hubungan kami agak dingin.. tidak bercakap dan hanya benda penting sahaja yang menjadi perbualan. dalam masa yang sama, aku mula mengenali rapat dengan K.reha iaitu rumate aku sekarang.. sementara itu, di sini la bermulanya keakraban aku dengan Hanif yang kadang2 disalah tafsir oleh sesetengah pihak.. tapi takpe.. bukan salah depa pun.. lain orang lain pandangan.. pada aku, Haniff memang layak digelar sebagai sahabat.suka dan duka aku semua dia tahu. dia tidak menyokong aku seluruhnya tetapi membetulkan dan menegur kesilapan aku. sebagai sahabat. itulah sepatutnya perlu dilakukan ,bukan menyokong dan mengapi-apikan kawan yang menpunyai masalah. aku mula sedar yang sesetengah tindakan aku tidak matang.. (hihi sedar jugak). aku anggap konflik itu akibat dr tidak kematangan aku dalam meyelesaikan sesuatu masalah. bukan mudah nak selesaikan masalah.. aku sangat berteima kasih kepada Haniff, K.lynn, K.reha, Pineh dan Dilla yang sangat banyak membantu aku pada masa tue.. tidak lupa jugak pada buah hati ku.. dia jugak banyak menolong aku. thanks a lot
benarlah orang selalu cakap, setiap ujian ALLAH ada hikmahnya.. aku percaya pada kata-kata itu.. selepas permasalahan itu.. hubungan aku dengan rakan aku semakin baik dan berasa sangat tenang. tak de masalah. hubungan menjadi sangat baik. ada perselisihan tetapi semua dapat diatasi dengan baik. peristiwa itu menjadikan aku lebih matang.(Matang ke???)aku mengambil langkah untuk menjalinkan kembali persahabatan tersebut. aku tidak mahu ada bermusuhan dengan sesiapa sebelum tamat pngajian di sini. itu harapan ku. alhamdulilah.. mungkin itu adalah benda yang baik dan ALLAH mengizinkan ianya berlaku..sedikit demi sedikit persahabatan tersebut kembali terjalin dan sehingga ke hari ini persahabatan ni seperti bermulanya perkenalan kami. thanks ALLAH.. aku merasa sangat bahagia.. biarlah tidak sehebat manapun.. namun bagi aku ini satu hadiah sangat bermakna dalam kehidupan aku. 
















Kenangan terindah ini menjadi hadiah yang amat bermakna dalam kehidupan aku sebagai mahasiswi di UUM nie. aku rasa amat bahgia. meluangkan masa dengan rakan2 memang kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan. namun detik ini bakal meninggalkan aku tidak lama lagi.. hanya beberapa hari jer lagi.. sebelum tamat peperiksaan semester akhir.. 

1 comment:

  1. waaah.. cantik susunan kata.hehe. adatla setiap pertemuan ada perpisahan msti sgat menyedihkan. Doala smoga panjang umur boleh jumpa lagi

    ReplyDelete