Monday 24 October 2011

AKU

Aku adalah aku. hanya aku yang membentuk diriku ke arah sesuatu. aku seorang yang sangat benci kalau orang suka membuli atau mencari kesalahan orang len. aku sering memerhati tindak tanduk orang yang suka menunding jari terhadap orang lain. dan aku juga pernah melalui keadaan tue.
  macam aku, aku tak suka la orang yang tak perfect mana mencari kesalahan orang len. same level but act like CEO.. nonsense la perangai macam tue.  aku tidak suka situasi cam tue dan berpura-pura untuk menerima keadaan itu.. kenapa yerk ada manusia cam tue. pengalaman yang aku lalui la kan.. aku pernah berkawan dengan seseorang nie .. aku gelarkan A .. A nie baik dan ramah. aku kenal rapat dengan dia. dia nie adalah orang yang nak jaga hubungan baik dengan semua orang kat tempat tue. B pula asyik memerhati orang dan suka mengarah sampai kadang2 aku naik tensen dan agak imas. sebab aku adalah jenis orang yang fokus buat keje. lau orang sembang aku dengar je.. malas nak amik pot.. cme kadang2 je la..
tempat aku nie ade 5 orang termasuk aku, A dan B. C nie jenis yang selalu diarah dengan B dan sangat setia walaupun mmg B bersalah. manakala D nie suka buat hal sendiri n antara yang menjadi mangsa kepada B dan mendapat info2 terkini tentang group yang lagi satu (akan di ceritakan sekejap lg).
manakala yang group kedua ini merupakan group yang suka mencari kesalahaan.. lau depa tak suka korang huhuhu... selamat la.. yang mampu bertahan je selamat la di situ. pada mase tue aku dan A berkawan dengan semua. silap yang A buat adalah memberitahu ape sahaja yang group kedua nie cite kat B.. B jenis yang selalu tak puas hati. aku pun jenis berkawan dan aku tak mau campur hal depa tue.. tp  mula ade jugak terikot suka menyampai ini.. tp aku tau benda nie tak elok.. buatnya  B n group kedua nie berbaik tak pasal kita yang dikatakan buat cerita@fitnah dan menyampai2. .
apa yang dijangkakan aku tue bebenar terjadi.apa lagi mula lah perang dingin masa tue sebab B bersemuka dengan group kedua .. yang tak eloknya bulan pose.. tp baguih jugak tak de mase tue terjaga puasa aku..tp tak bestnya ape yang aku tak puas hati aku tak leh gtau secara berdepan.. tak pe lah kan. apa yang terjadi selepas perang itu, B dan group kedua sangat akrab weiii. n A menjadi mangsa mereka. sebenarnya A takot dengan B yang asyik nak marah n paksa dia cerita apa yang Group 2 cakap dan akhirnya memakan diri A sendiri.. semua tak nak kawan dengan kecuali aku.. Aku jugak kena perli dengan shabat baik itu.. tapi aku tau  bukan salah A cume tindakan A salah.
kesian tgok A tak patut menyalahkan orang len atas kesalahan sendiri walhal sebelum mmg depa selalul gadoh pun sampai org kat ctu dah tau perangai depa.. Nasib la A..
dalam keadaan aku nie pulak.. ade mamat nie asyik mencari kesalahan aku je. mentan2 aku baru ko nak buli.. ok sekarang dipersilakan kan kau buat keja aku  eh... aku pun tak suka environment dengan orang yang kaki bodek n bajet bgus walhal productivity very low..
Pesan 1: jangan jadi kaki bodek n ampu tuk naik pangkat.
Pesan 2: kerja dengan seikhlas hati dan jangan mencari kesalahan orng lain
Pesan 3: jangan tutup periuk nasi orang
Pesan 4: jangan ska mengarah orang lain buat keje kita yang bukan keja mereka...
Pesan 5: jangan bagi tekanan kat orang lain atau rakan sejawat.. bersaing dengan cara sihat atas usaha sendiri tau
Pesan 6: jangan banyak bercakap sebab iakan memberi tekanan kepada orang yang fokus pada kejenya.. (cam situasi aku)
PESAN 7: JAngan jadi cam nie ok.....:) peace no cold war could avoid from world war....hehe

Saturday 21 May 2011

BUAT TEMAN-TEMAN SEKALIAN...


Memori Tercipta Lyrics

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Thursday 19 May 2011

kenangan terindah (part 2)

Adat la dalam bersahabat.. ada suka ada duka.. pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui.. tapi itu semua tidak menghalang persahabatanku dan ianya kekal hingga ke hari ini. Ada la berlaku sedikit perselisihan faham dengan rakan2 ku..dan membuatkan aku menjadi renggang dengan mereka. aku tidak menyalahi mereka...hanya pada mula konflik jer aku sangat tertekan dan marah pada mereka sebab waktu exam.. namun semua itu hanya sementara.. sepanjang konflik tersebut.. aku memuhasabahkan diri aku.. aku memikirkan apakah kesilapan yang telah aku lakukan sehingga persahabatan ini menjadi renggang..
Syafinas, Dilla, Zuraini dan Mastura..mereka adalah geng yang sangat utuh persahabatannya.. yang sentiasa membantu rakan2 dalam kesusahan.. sapanjang detik kesedihan aku.. merekalah yang memberikan aku semangat dan menemaniku.. aku rasa sangat beruntung mengenali mereka. walaubgagaimanapun, kerana konflik inilah.. hubungan aku dengan rumateku, Kak lynn semakin erat.. aku mula sedar yang kak lynn seorang yang mengambil berat.. mungkin sebab masing2 sibuk dan agak malu untuk memulakan perbualan menyebabkan hubungan kami agak dingin.. tidak bercakap dan hanya benda penting sahaja yang menjadi perbualan. dalam masa yang sama, aku mula mengenali rapat dengan K.reha iaitu rumate aku sekarang.. sementara itu, di sini la bermulanya keakraban aku dengan Hanif yang kadang2 disalah tafsir oleh sesetengah pihak.. tapi takpe.. bukan salah depa pun.. lain orang lain pandangan.. pada aku, Haniff memang layak digelar sebagai sahabat.suka dan duka aku semua dia tahu. dia tidak menyokong aku seluruhnya tetapi membetulkan dan menegur kesilapan aku. sebagai sahabat. itulah sepatutnya perlu dilakukan ,bukan menyokong dan mengapi-apikan kawan yang menpunyai masalah. aku mula sedar yang sesetengah tindakan aku tidak matang.. (hihi sedar jugak). aku anggap konflik itu akibat dr tidak kematangan aku dalam meyelesaikan sesuatu masalah. bukan mudah nak selesaikan masalah.. aku sangat berteima kasih kepada Haniff, K.lynn, K.reha, Pineh dan Dilla yang sangat banyak membantu aku pada masa tue.. tidak lupa jugak pada buah hati ku.. dia jugak banyak menolong aku. thanks a lot
benarlah orang selalu cakap, setiap ujian ALLAH ada hikmahnya.. aku percaya pada kata-kata itu.. selepas permasalahan itu.. hubungan aku dengan rakan aku semakin baik dan berasa sangat tenang. tak de masalah. hubungan menjadi sangat baik. ada perselisihan tetapi semua dapat diatasi dengan baik. peristiwa itu menjadikan aku lebih matang.(Matang ke???)aku mengambil langkah untuk menjalinkan kembali persahabatan tersebut. aku tidak mahu ada bermusuhan dengan sesiapa sebelum tamat pngajian di sini. itu harapan ku. alhamdulilah.. mungkin itu adalah benda yang baik dan ALLAH mengizinkan ianya berlaku..sedikit demi sedikit persahabatan tersebut kembali terjalin dan sehingga ke hari ini persahabatan ni seperti bermulanya perkenalan kami. thanks ALLAH.. aku merasa sangat bahagia.. biarlah tidak sehebat manapun.. namun bagi aku ini satu hadiah sangat bermakna dalam kehidupan aku. 
















Kenangan terindah ini menjadi hadiah yang amat bermakna dalam kehidupan aku sebagai mahasiswi di UUM nie. aku rasa amat bahgia. meluangkan masa dengan rakan2 memang kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan. namun detik ini bakal meninggalkan aku tidak lama lagi.. hanya beberapa hari jer lagi.. sebelum tamat peperiksaan semester akhir.. 

Wednesday 18 May 2011

kenangan terindah

salam...
hari ini aku nak meluahkan sesuatu yang terbuku dalam hati ku.. diam tak diam aku hampir menamatkan pengajian aku di UUM nie.. sekejap je 3 tahun.. pelbagai suka duga yang aku tempuhi sepanjang bergelar mahasiswi di kampus UUM sintok nie.. pelbagai kenangan terinah yang aku lalui dengan rakan2 sekuliahku.. di sini la juga aku temui cinta hati ku..opsss nie tak leh cite lebih2.. hehe...di sini ramai kawan.. mmang best.. aku tak pernah menjangkakan yang akan menjejakkan kaki di universiti... aii maklumla.. keputusan STPM aku tak berapa bgus.. tapi mungkin semua ini dah tertulis dalam catatan kehidupanku.. menjejakkan kaki di DPP BANK RAKYAT dengan teman sekolah iaitu  Sazali, Faeiz dan Faizal membuatkan aku rasa sangat seronok... sekurang-kurangnya aku tak la berkeseorangan di sini.. cuma Nani je yang menginap di DPP SME bank..tapi tak jauh dr dpp aku pun.. aku rasa macam bermimpi je ade kat sni.. aku menginap di Blok E yang pada masa kemasukan aku nie blok E rata-ratanya senior.. takpelah ... lebih baik aku tak kenal dr aku kenal orang.. mase masuk bilik aku tgk tak de rumate... aku tgok bilik lain semua dok berkenalan dengan rumate masing2..tunggu punya tunggu tak kunjung tiba jugak rumate aku nie.. tak mengapa la... seharian kepenatan mengemas barang dan melayan perasaan.. aku penat...tido la aku sejurus minit kemudian...
dah petang dalam kul 3 aku tersedar, aku tak solat rupanya.. dengan keadaan yang agak "mamai' aku pun g ke toilet tanpa membawa kunci bilik.. tertutup je pintu tue, br aku sedar yang aku tertinggal kunci dalam bilik.. slmat berpakaian lengkap hnya tidak bertudung jer.. aku mula panik.. akhirnya aku pun g la ketok pintu jiran sebelah aku. Ho Ying .. budak chinese... aku pun mintak bantuan dia.. dia pun blur tak tau nak buat ape.. ai maklum la.. masing2 baru masuk.  hehe..tiba2 teringat kat kakak yang jaga blok masa aku dftr td.. aku g la bilik dia tuk dapatkan bantuan.. akak tu pun menolong aku.. dengan muka yang tak berapa nak malu nie,aku pun mintak la tudung kakak tue.. selamat kakak tue memahami.. hehe,,thanks kakak..langkah seterusnya aku nak g amik kunci di pejabat.. entah kenapala aku suka je buat benda yang memalukan, ade ke aku g JPMDPP g mintak kunci.. dah terang-terangan kakak tue habaq suh amik kunci kat pejabat.. aku g kat jpm.. dengan muka yang selenge aku pi mintak kunci kat org yang ade dalam JPM.. mau aku tak kena gelak.. tp mase tue tak rasa apa2 pun.. sebab sememangnya aku tak tau pun kat mana pejabat..kihkih.. akhirnya abg chembo tolong aku amik kan knci.. bgus la dia tak tlg aku cmne nak amik n serah kunci tue.. dapat la jugak kunci utk masuk bilik. mase nak amik kunci aku br perasan yang aku lah orang pertama yang tertinggal kunci dalam bilik.. haha.. bersejarah sungguh.. pada masa tue jugak baru aku tau yang rumate aku senior.. hehe..
sepanjang minggu orintasi, mmg aku rasa seronok sebab dapat kenal ramai kawan2 dr  pelbagai kaum dan negeri.. mmg best.. lagu GEMURUH nyayian Faizal Tahir menjadi tema orientasi mase tue.. dan sejak itu jugak la aku minat Faizal Tahir hihi.. aku kumpulan 64 sepanjang minggu orientasi.. aku, ben, rozi, iman fadzil, ubai, peja dan indian gurl (lupa nama dia). kakak fasi aku ialah kak ayu. kak ayu baik dan cantik.. ketua kumpulan aku iman. huh..aku tgok budak2 laki dalam kumpulan aku nie garang je.. tak selera aku nak menegurnya.. tapi tak la maksud aku menbenci.. cme takot nak tegur.. actually. diarong best and sangat baik.. thank guys.. mase mule2 nak gi kelas depa la paling banyak tlg aku.. printkan slip jadual, teman aku cr kelas, tempat tutorial TITAS and cam2 la.. thanks sgt kat FADZIL.. ko mmg baik.. 




habis minggu orientasi mula kehidupan aku sebagai mahasiswa... sibuk setiap hari.. kelas pagi petang siang malam... wow.. disaster.. tp best.. kelas yang aku palig suka adalah kelas TITAS sebab berunsurkan keislaman.. di sini la bermulanya perkanalan aku dengan mimie,alya, linda, adam dan lain2.. sebab kebanyakkan kelas sama..terbina la ukhuwah persahabatan..adat la berkawan ada suka ada duka.. ada manis ada pahit..asam garam kehidupan.. program di DPP BANK RAKYAT plak... aku terlibat dengan choral speaking.. dan dari sini plak terjalin lagi ikatan persahabatan dengan Hanif, Amir Ali, Iqquan, Bani, Dilla, Fikri, Nazri, Kent,Vanitha, Teoh,Teh, Mazlinah Hafeez, Rooney,Kak Ain meletopsss dan Kak jua..fun.. best sronok sgt,,





koleksi rakan2 bertambah bila masuk kelab Fasilitator yang gah sehingga ke hari ini.. dan di sini la berjumpa dengan cinta hati ku...hihi.. tak sngka.. trasa macam mimpi je.. tapi itulah takdirnya.. banyak sangat program dan pengalaman dalam mengendalikan projek dengan rakan2..lau nak cerita semua tak hbs tapi itu la realitinya.. kelab yang mempunyai ikatan kemesraan yang sangat kuat. cam famili...dan di sini juga orang mengenali aku.. mimie yang mencalonkan nama aku.. haha.. thanks to mimie...banyak nak diceritakan lagi.. tapi nnt sambung dalam part ke-2.. hehe.. kenangan terindah diawal pertemuan... 

SALAM PERKENALAN UNTUK SEMUA....

nama saya Mas Hartika. Panggil je mas. Nama aku agak pelik bagi sesetengah penduduk muka bumi ini.... tetapi aku berbangga kerana ada nama ini. Walaupun nama aku macam tue, aku merupakan warganegara Malaysia ok.. IC aku warna biru yer.  aku buat blog nie sebab teringin nak merasai macam member2 yang lain yang sering berkecimpung dengan dunia blog nie. Untuk pertama kalinya aku menaip huruf-huruf nie, aku sangat teruja.. best jugak menaip dengan gaya bebas nie.. aku nie simple.. prinsip hidup aku senang je.. " selagi anda menghormati saya, selagi itu saya menghormati anda". aku nie insan yang agak kasar la walaupun orang selalu cakap aku nie lemah lembut.. lain orang lain pandangan.. its okey lau itu anggapan anda.. good perception...